Monday, April 23, 2012

Apabila Bercinta (Puisi Cinta)

(Bukan Di karang oleh aku tp maksudnya amat bermakna)

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu,

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehinggah melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwa-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
Dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu

Monday, April 16, 2012

Komputer Rosak Selepas Setahun Tak Pakai

Hari ni setelah 1 tahun lebih aku x buka pc aku tiba2 lcd aku blank.aku pun pelik...tetapi seperti yg diramal RAM aku akhirnya telah expired served (dah lama RAM ni berkhidmat).tp nasib baik la aku ada 1gb ram lagi (dulu sumbat 2x 1Gb ram kat 2 slot. So RAM DDR2 sekarang ni mahal.aku ni jual laptop bkn jual part pc.so paling murah pun kat area seremban ni RM90. (baru pindah je rumah baru di Seremban).PC ni tak la powerful namun die dah served kat tuannya hampir 8 tahun.PC ni aku bawak kat ke seremban tuk buat keje pasal PC i7 kat umah tu adik aku nak buat main game.lagipun semenjak sekarang tak ada masa nak main game disebabkan "full comitment" pada kerha dan ditambah aku buat PJJ degree sekarang nie.Okla sampai sini buat masa ni.biarla pc ni auto running n sambil2 tu boleh aku keluar pergi mkn.Kepada anda yang ada masalah PC nk format atau masalah network bole post kat blog aku ni.aku akan cube yang terbail guide anda.bye2...