Assalammualaikum dan salam sejahtera pada semua.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat. Hari ini saya ingin berkongsi cara nak installed windows 7 (tak kisah version ape pun) menggunakan pendrive. Seperti kita sedia maklum penggunaan CD/DVD windows 7 boleh digunakan tapi kekadang yang buat masalah DVD writer kite tak boleh baca dan akan appear "file missing or corrupted" bile waktu kite tgh install. Mestilah korang semua berbulu, dah la nak kena tunggu lama n bile sampai middle procces nak formating laptop tibe-tibe appear file missing or corrupted atau yg seumpamanyer la.
Ok, sini ade beberapa requirement diperlukan untuk install windows.
1- Pendrive kenala 2GB ke atas (file windows dalam DVD
besar selalunye 1.5Gb++).
2- Pastikan Lappy ada DVD-rom.
3- sebelum nak format anda kena ade PC / notebook /
laptop yang windows 7 nyer elok.
4- CD/DVD Windows 7 yang elok dan tidak bercalar.
Step dan Guide:
1- Penggunaan ini hanya boleh digunakan pada machines
(laptop / PC / etc) yang ada Operating System (OS)
WINDOWS 7 dan WINDOWS 8 Sahaja. Penggunaan
OS lain spt Win XP memang tak akan bole (saya da test
sebelum ni).
2- Ok. click start menu > click Accessories > click
"command prompt".akan keluar lembaga hitam macam ni:-
3- Pastu taip "DISKPART" (huruf besar ye). lepas taip
DISKPART command prompt akan showed macam ni:-
4- Ok pastu taip " LIST DISK". lihat screenshot di bawah.
5- Bayangkanlah DISK 1 adalah pendrive anda, so ape yang
anda perlu taip kat command prompt tu ialah:-
- SELECT DISK 1 (Jika Pendrive Anda DISK 1)
- CLEAN
- CREATE PARTITION PRIMARY
- SELECT PARTITION 1
- ACTIVE
- FORMAT FS=NTFS (Pastika Pendrive dicucuk di usb 2.0 kalau tak berbulu korang nak tunggu nanti)
- ASSIGN
- EXIT
6- Ok pas da settle semua tu masukkan DVD/CD windows 7
atau windows 8 kat dalam DVD-rom atau DVD Writer
korang.
7- Ok buka balik command prompt (Refer balik step 2).
8- Taip "D: CD BOOT". Di mana "D" adalah DVD-rom
korang berada. kalau DVD letter korang kat F so taip la
"F: CD BOOT".
9- Pastu taip " BOOTSECT.EXE /NT60 H: ". Di mana "H:" merupakan pendrive anda. Kalau kat PC saya pendrive di drive letter "F:". so kalau saya nak taip kenala " BOOTSECT.EXE /NT60 F: "
10- Dah settle semua tue so anda copy semua file dalam DVD windows 7 atau windows 8 dalam thumbdrive anda.
11- Pastikan anda setting boot priority dalam bios meletakkan USB sebgai boot paling 1st. kalau anda setting DVD-rom sebagai 1st priority so memang tak akan boot la sampai bile-bile =).
12- Selamat Mencuba (",)
13- Jika ada sebarang masalah boleh la comment atau send
msg:
14- Credits to intowindows.
*** Tested already with windows 7 32-bit Pro and 64-bit Pro. 100% Working***