Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya di ucapkan kepada semua rakyat Malaysia beragama islam.
Penuhkan aktiviti anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti:

1- Menziarahi kubur agar kita menginsafi perbuatan yang telas lepas.
2- Menziarahi kedua ibubapa, saudara-saudara, jiran-jiran dan para sahabat agar ia dapat merapatkan silaturrahim. Jangan lupa untuk memohon maaf ye...
3- Menggalakkan tetamu berkunjung ke rumah kita baik islam ataupun bukan islam agar ia melambangkan perpaduan di antara sesama kaum di negara kita.
4- Mengadakan aktiviti rumah terbuka yang tidak terjerumus ke arah pembaziran agar kita masyarakat sekeliing mudah mengenali kita.
6- Meluangkan masa bersama ahli keluarga agar dapat membentuk kekuatan pertalian saudara.
7- Bersedekah (selain dari zakat) kepada golongan yang kurang bernasib baik kerana ia merupakan ibadah yang di galakkan (jika mampu) lebih-lebih lagi ia di sempurnakan di hari lebaran.
8- Lain-lain aktiviti yang mendatangkan faedah.

Mungkin terdapat banyak lagi aktiviti yang bermanfaat yang boleh dilakukan. Maka tanamkan perkara ini sebagai pakaian untuk di sematkan di dalam hati kita.

Akhir kata, saya Khairul Akmaal Zainal a.k.a Along Mengucapkan Selamat Hari Raya dan saya memohon kemaafan jika mempunyai salah silap mahupun perkara yang mendatangkan rasa kurang selesa pada anda. Salam lebaran dan moga ia memberi 1001 rahmat kepada diri kita.

Assalammmualaikum...