Entah kenapa di Hari Raya Aidilfitri kali ni hati rasa kesunyian.kesunyian didalam hati yg kebiasaanya di penuhi dgn senyuman ibuku, gelak ketawa adikku dan nasihat dari datuk ku tiap kali aku pulang ke kg halaman.Tahun pertama di tahun 2012 kehilangan 3 orang tersayang amat aku ratapi sehingga kini.ibuku telah meninggalkan dunia yang fana ini pada bulan feb 2011 di ikiuti oleh adik perempuan kesayanganku pada nov 2011 dan selepas 14 hari Datuk ku telah pergi meninggalkan aku.Kehilangan insan tersayang ini amat Ku rasai apatah setelah 21 tahun tinggal sebumbung dan sentiasa menyambut hari raya bersama.Tahun ini,bagi aku terasa serba kekurangan kerana mereka yang aku kasihi ini telah pergi meninggalkan diriku buat selama2nya. Berlinang air mata ketika aku menziarahi pusara mereka pada pagi tadi. Namun aku pasrah kerana Ya Rahim lebih mengasihi mereka dari kami sekeluarga. Ya Allah Ampunkalah dosa2 ahli keluargaku,kasihanilah mereka ya Allah kerana mereka la insan yg amat aku kasihi ketika mereka hidup dan permudahkanlah perjalanan mereka disana. Moga doaku ini sampai kepada mereka.Amin.
Redha dan pasrah kerana mungkin ini dugaan hidup. Tidak pernah lupa kata arwah ibuku agar sentiasa tidak lupe diri dan menjaga solat setiap waktu.Insyallah agar ia menjadi pegangan dalam hidup aku.
No comments:
Post a Comment